Sabtu, 9 Oktober 2010

N45 DUN Galas - Penangan Tengku Razaleigh !!

Labels: N45 DUN Galas
Oleh MIM TEAM




Perkhabaran yang kita dengar hari ini ialah jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu yang melibatkan Tengku Razaleigh di Kelantan iaitu mengenai royalti minyak.

Pasti ramai penceramah PAS yang sudah bersedia untuk menggunakan isu royalti minyak di Galas kelak. Dan kita pun tahu.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa isu royalti minyak tidak boleh dibangkitkan langsung memandangkan isu tersebut telah di bawa ke mahkamah oleh parti PAS sendiri. Kenyataan ini telah diterangkan sendiri oleh Tengku Razaleigh.

Rujuk video di bawah :-




Kenyataan Tengku Razaleigh itu merujuk kepada Contempt of court iaitu menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.

Maksudnya, jika sesuatu yang telah berjalan di mahkamah dan ada pihak yang membuat komen atau ulasan mengenai merit kes itu - misalnya dalam satu ceramah kepada orang ramai, ianya dikira menghina mahkamah.

Jika merujuk kepada pemahaman kita mengenai court of cotempt, tidak ada sebarang penceramah PAS atau Pakatan Rakyat yang boleh berceramah mengenai isu royalti minyak. Ia merupakan satu kesalahan.

Tetapi memandangkan modus operandi Pakatan Rakyat yang tidak hormat undang-undang dan berkelakuan samseng, mereka mungkin akan tetap membangkitkan isu royalti minyak dan melanggar undang-undang negara.

Apa pun, apabila Tengku Razaleigh bersetuju menjadi Pengerusi Pilihanraya dan berkemungkinan menjadi calon BN di Galas, rasanya kempunanlah penceramah PAS/Pakatan Rakyat kerana parti PAS/Pakatan Rakyat berkemungkinan besar menarik diri dari pilihanraya kecil itu.

Baguslah. Parti PAS buatlah satu kenyataan cover line seperti 'parti PAS mementingkan persaudaraan kaum Melayu, maka parti PAS menarik diri' atau apa sahaja. Rakyat akan faham maksudnya.
Related Posts : N45 DUN Galas

* N45 DUN Galas - Penangan Tengku Razaleigh !!
* Saksikan Video : Tengku Razaleigh Setuju Sebagai Pengerusi Jentera N45 DUN Galas

1 ulasan: