Jumaat, 8 Oktober 2010

LIM GUANG ENG BERZAKAT GUNA DUIT HARAM!!!!!!!.....






Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kekecewaan, tertipu dan marah, itulah yang diluahkan oleh golongan warga emas dan fakir miskin apabila berasa maruah mereka menjadi taruhan dan alat politik pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang. Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan, ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah ada di antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan oleh Lim Guan Eng Si Lidah Biawak ini.

Walaupun niat Lim Guan Eng itu baik, mahu meringgankan sedikit beban orang-orang Melayu warga emas di negeri itu, namun mengunakan sumber yang haram adalah jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam. Wang tersebut dipercayai hasil taruhan Lumba Kuda dan ini menjadi dalil utama mengapa wang derma itu dikatakan haram. Yang haram, tetap haram dan LGE sepatutnya menjadikan YB. Salleh Man iaitu salah seorang Exco PAS dalam kerajaannya sebagai penasihat agama Islam. Sudah terhantuk baru nak bergadah, ini tidak patut berlaku malahan pula melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Timbul pula isu dimana puak-puak tegar Pakatan Rakyat, menyelar tindakan kerajaan persekutuan mengunakan cukai-cukai kedai judi, arak daan kelab-kelab malam dan judi dimana adakah halal pula diberikan kepada rakyat?

Terdapat perbezaan yang amat jelas jika kita membandingkan cukai dan wang pertaruhan. Kedua-duanya adalah hasil tetapi hasil cukai adalah surcaj yang digunakan oleh pemerintah kepada mereka yang menjalankan perniagaan tersebut dengan strategi mahu mengawal berleluasanya kemasukan bahan tersebut dan mengelak tumbuhnya kelab-kelab malam seperti cendawan.

Dengan meningkatkan cukai, jadi kemasukan arak dan rokok serta pembinaan kelab malam dan judi dapat dikawal melalui perletakkan amaun yang tinggi dan syarat yang ketat. Surcaj atau cukai itu akan kerajaan gunakan bagi membina kemudahan fizikal seperti jalanraya, lebuhraya, jambatan, sekolah dan lain-lain.

Kesemua kemudahan ini digunasama oleh semua kaum tidak kira agama dan bangsa. Pengunaan cukai kepada premis judi dan kelab juga digunapakai oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi menampung kos pembangunan negeri seperti yang dipaparkan di dalam portal ini: Kerajaan Kelantan Keluar 40 Lesen Arak !

Tetapi derma dari hasil pertaruhan jelas sekali haram kerana transaksinya jelas terus memberi sumber haram itu kepada rakyat. Jadi tiada alasan lagi mahu menghalalkannya. Tindakan nekad penduduk kampung menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri adalah satu tindakan terbaik dari terus terjebak dengan perkara-pekara ini.

Peringatan kepada Lim Guan Eng: Lepas ni kalo nak bagi duit ehsan , bagilah duit halal sikit! Da la bagi duit haram, RM 100 jer…Bagi la banyak sikit..balance masuk poket ker untuk Tahun Baru Cina?Kalo yer pun, nak berzakat biar cara yang betul !!!

Wallahhulam….



Tiada ulasan:

Catat Ulasan