Ahad, 24 Oktober 2010

Peringatan kepada pengundi Galas dan Batu Sapi

Labels: N45 DUN Galas, Sodomi
Komentar dari pembaca M.I.M :-

Peringatan kepada pengundi Galas dan Batu Sapi.

Jadilah pengundi dengan matang dan jangan jadi pengundi yang ditentang. Ini kerana jangan jadikan nasib seperti kami di Kedah, Penang. Di Kedah apa yang dibuai dan dilaungkan oleh PAS,PKR dan DAP adalah sendiwara.

Bermula dari isu sampah hingga kini tidak dapat diselesaikan. Kedah Kaya dengan sampah ikut telunjuk Kelantan. Apakah ajaran agama PAS suka pada kekotoran? sedangkan kebersihan itu salah satu tuntutan islam.

Kita lihat sikap pemimpin PAS suka kepada pembohongan. Janji bukan-bukan semasa kempen pilihanraya, satu habuk pun tak tertunai. Kita lihat pembangunan di Negeri Kedah terus malap dan yang adapun ehsan Kerajaan Pusat dan meneruskan agenda projek semasa perintah BN.

Pembangunan yang PAS laksanakan hanyalah papan iklan sahaja. Apakah itu sahaja kebolehan pemimpin PAS?

Kita lihat pembangunan Bandar Raya Alor Setar, amatlah dhoif, dengan sistem jalan raya yang tak teratur dan memusingkan kepala para pelawat dengan arah jalan yang ada. Bahkan sesetengan jalan di Bandar Raya ditumbuhi dengan rumput-rampai.

Lebih malang sekali perancangan mencatikan Bandaraya Alor Setar ditanam dengan pokok asam jawa. Bertapa dhoifnya ahli majlis mesyuarat kerana kewajaran penanaman pokok tersebut kerana ianya pokok yang membesar dan akarnya yang menjalar jauh boleh merosakkan infratruktur seperti jalan, longkang koridor bangunan.

Penanaman pokok asam banyak mendatangkan masalah apabila musim luruh kerana mengugurkan daun yang banyak dan menyusahkan untuk membersihkannya malah daun sangat memudaratkan kenderaan dan cepat bertindak ketas kenderaan seperti karat dan suasah untuk dibersihkan.

Pembesaran dahan-dahan pokoknya serta kanopinya memanjang jauh dan boleh menghalangkan lalun jalanraya memandangkan kawasan yang ditanam padat dan sibuk dengan kenderaan.

Sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan amanah pada diri sendiri, rakyat serta Tuhan kerana setiap dijanji dikianati contohnya kenaikan tarif air, jalanraya berlubang serta beralun-alun, merosakkan khazanah alam serta menggangu eko sistem alam semulajadi dengan melakukan penebangan hutan tanda kawalan menyebabkan kepupusan haiwan lain dan musibahnya banjir lumpur yang hampir meragut nyawa penduduk.

Paling kecewa, atas sikap pemimpin yang tidak jujur ini menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan sebagai contohnya peniaga India di Pekan Jitra 2, berhampiran masjid yang menjual cenderamata dan bungaan membina premis perniagaan hingga keatas jalan serta menghalang laluan kenderaan. Dimanakan tugas penguatkusaan ? Atau sebalik ada habuan?

Akhir kata buat pengundi cari terbaik dari apa yang mereka itu terbaik dan jika silap pilih buruk padahnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan