Jumaat, 8 Oktober 2010

Merompak atau terompak.....

Seperti dijangka tarif air akan naik selepas DAP memengang tampok pemerintahan di negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri paling celaka dalam " Malaysian Book of Record" yang juga menjadi Pengerusi PBAPP terpaksa berbuat demikian kerana didesak oleh Ahli Lembaga Pengarah PBAPP disebabkan keuntungan yang menurun.

PBAPP merupakan salah satu syarikat air yang yang mencatat keuntungan yang tinggi di Malaysia. Pada tahun 2007, semasa dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon PBAPP telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM43.9 juta. Tetapi sejak dipengerusikan oleh Guan Eng hancur...keuntungan PBAPP yang dicatatkan turun dengan begitu banyak. Tahun 2008 keuntungan sebanyak RM31.3 juta dan tahun 2009 RM14.8 juta. Tidak mustahil tahun 2010 ni PBAPP mengalami kerugian.

Alasan untuk menghukum segelintir rakyat P.Pinang yang suka membazirkan air yang diberikan oleh Guan Eng untuk menaikkan tarif air cukup bodoh. Apa lu ingat rakyat Pulau Pinang pakai air ni free ke??

Ramai yang akan menjadi mangsa berikutan kenaikan ini, Rumah yang mempunyai penghuni ramai, keluarga besar, Masjid dan banyak lagi...Perniagaan yang menggunakan air yang banyak pastinya akan tertekan dan semestinya harga barang akan naik.

Persoalan yang ingin diutarakan ialah ke manakah keuntungan PBAPP hilang???

Adakah ini punca yang sebenarnya...??



Lihat sendiri bagaimana kenaikan setiap tahun elaun board of director PBA semenjak pemerintahan kerajaan DAP di P.Pinang dan jangan lupa bahawa Lim Guan Eng merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah di Perbadanan tersebut!

Sekarang kita lihat pula bagaimana kedudukan keuntungan yang diperolehi oleh PBA ini....

merekalah yang paling busuk sekali di dalam politik negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan