Selasa, 26 Oktober 2010

Adakah benar Pakatan Rakyat bantu Melayu PP ?



GEORGETOWN - Usah pertikai kemampuan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) membantu menyelesaikan masalah orang Melayu walaupun baru dua tahun lebih mentadbir Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I , Datuk Mansor Othman berkata, banyak perkara yang sudah dilakukan Kerajaan Negeri berbanding tempoh Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 51 tahun sebelum ini.

“Banyak yang kami lalukan dan tidak perlu dihuraikan satu persatu. Memang saya belum berpuas hati tetapi sekurang-kurangnya kami sudah melakukan yang terbaik setakat ini.

“Lihatlah dalam kad laporan yang diedarkan oleh Kerajaan Negeri untuk melihat tahap pencapaian kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian


Komen PB

Apa yang banyak dilakukan Mansor oleh kerajaan negeri Pakatan kepada orang Melayu ? Setakat bagi RM 100 kepada warga emas itu sudah megah ?? Setakat kad laporan itu semua retorik sahaja dan tidak sampai ke akar umbi iaitu rakyat . Setakat melaungkan kerajaan pertama hapus miskin tegar tetapi mengapa masih ada lagi yang hidup susah ??

Sebenarnya tidak ada apa2 perubahan dilakukan untuk membantu orang Melayu di PP. Dari segi ekonomi , tiada langsung program membantu peniaga / usahawan Bumiputra oleh kerajaan negeri . Selalu yang kita nampak ialah gerai-gerai peniaga Melayu dirobohkan walaupun hang jual nasi lemak sebelah pagi pun seperti di Lebuh Sg Pinang 1 baru-baru ini . klik di sini

gerai pagi jual lauk pauk oleh orang Melayu dirampas
ala gengster oleh MPPP

Jadi kepada Mansor ini, jangan dok bangga sangat la dengan kad laporan sampah ini untuk membohongi rakyat terutama orang Melayu . Masalah orang Melayu di PP banyak kerana semuanya berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sendiri .

Isu pengambilan tanah Kampung Genting di Balik Pulau tidak sepatutnya timbul kerana di situ adalah petempatan rakyat yang majoritinya Melayu . Di mana orang Melayu di kampung itu hendak tinggal jika mereka dihalau untuk memberi laluan pembinaan IPTS di situ .

Jadi , kalau Mansor betul-betul mahu selesai masalah orang Melayu , jangan sombong dan berlagak kepada bangsa sendiri dan turun padang bincang dengan mereka untuk selesaikan masalah ini . Kalau Mansor benar2 mahu tolong bangsa sendiri, batalkan saja pengambilan tanah di kampung terbabit !!

kad laporan retorik !!
Posted by Pejuang Bangsa at 10:20 AM 0 comments Links to this post
Labels: penang bangkit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan