Ahad, 31 Oktober 2010

Galas:Mengalas Amanah Di Pos Ber




Pintu masuk ke Kem Hendrop,Surau dibina oleh kerajaan BN,Kerajaan PAS bagi apa?








Pn Shahanim dan Saudara Armand bersama pengurus koperasi JHOE En Rasid


Hari ini seharian berada di pendalaman Pos Ber dan Lojing bersama Datuk Mukhriz Tim Menteri Miti dan Pn. Shahanim Tim Ketua Puteri Umno Pusat dan Saudara Armand Azha .


Pos Ber dihuni lebih kurang 600 penduduk Orang Asal,Program Puteri Umno bersama Datuk Mukhriz memberi khidmat pemeriksaan kesihatan kepada lebih 80 warga mas,wanita dan kanak kanak.


Pisau sempat menghabiskan masa seketika bersama Datuk Mukhriz,perbualan bersama beliau agak menarik apabila Datuk Mukhriz bertemu dengan seorang Tok Batin yang menunjukkan sijil pelantikan yang ditanda tangan oleh Tun Mahathir bertarikh 1977 yang pada ketika itu Tun masih menjadi Menteri Dalam Negeri.


Datuk Mukhriz bersama Pn Shahanim turun padang menghabiskan masa bersama penduduk setempat dari pagi hinggalah ke petang.


Pisau kata " banyak bantuan harus disalurkan kepada mereka yang memerlukan"

1 ulasan:

  1. anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

    BalasPadam