Ahad, 31 Oktober 2010

Galas:Mengalas Amanah Di Pos Ber




Pintu masuk ke Kem Hendrop,Surau dibina oleh kerajaan BN,Kerajaan PAS bagi apa?








Pn Shahanim dan Saudara Armand bersama pengurus koperasi JHOE En Rasid


Hari ini seharian berada di pendalaman Pos Ber dan Lojing bersama Datuk Mukhriz Tim Menteri Miti dan Pn. Shahanim Tim Ketua Puteri Umno Pusat dan Saudara Armand Azha .


Pos Ber dihuni lebih kurang 600 penduduk Orang Asal,Program Puteri Umno bersama Datuk Mukhriz memberi khidmat pemeriksaan kesihatan kepada lebih 80 warga mas,wanita dan kanak kanak.


Pisau sempat menghabiskan masa seketika bersama Datuk Mukhriz,perbualan bersama beliau agak menarik apabila Datuk Mukhriz bertemu dengan seorang Tok Batin yang menunjukkan sijil pelantikan yang ditanda tangan oleh Tun Mahathir bertarikh 1977 yang pada ketika itu Tun masih menjadi Menteri Dalam Negeri.


Datuk Mukhriz bersama Pn Shahanim turun padang menghabiskan masa bersama penduduk setempat dari pagi hinggalah ke petang.


Pisau kata " banyak bantuan harus disalurkan kepada mereka yang memerlukan"

Dr Zulkifli, Calon PAS Galas Kena Main Rakan-rakan PAS ?

Oleh S.A Najmuddin

Nampaknya status calon Pas, Dr Zulkifli Mohamed terus menjadi perbualan bukan sahaja di kalangan blogger malah masyarakat setempat.

Kisah beliau pernah ditangkap khalwat masih lagi menjadi misteri apatah lagi cerita mengenai perkahwinannya yang banyak menimbulkan tanda tanya. Memang benar, isteri beliau sekarang adalah Zainab Binti Jalar

Yang ni bukan calon PAS Galas tapi ada juga cerita khalwat.

Sebelum berkahwin dengan Dr Zulkifli, Zainab adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Nuramni Qistina hasil perkahwinannya dengan seorang mualaf bernama Abdul Basir Abdullah.

Perkahwinan Dr Zulkifli dengan Zainab berlangsung dalam satu majlis kecil saja melibatkan keluarga terdekat. Walaupun Dr Zulkifli adalah antara pemimpin tertinggi Pas di kawasan Gua Musang namun Dr Zulkifli memilih untuk mengadakan perkahwinan dengan hanya menjemput saudara terdekat sahaja.

Menurut beberapa blog hari ini mengatakan perkahwinan itu diadakan kerana menutup kes khalwat.Lebih menjadi persoalan benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan PAS?

Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Lebih menjadi persoalan, benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan Pas?. Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Malah difahamkan Dr Zulkifli mengambil borang nikah di Mukim Ciku Satu tetapi bernikah di tempat lain.

Lebih mengejutkan ada blog mendedahkan terdapat satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) namun fail tersebut telah hilang kerana telah dihilangkan kakitangan JAHEIK yang telah ditawarkan RM70,000 oleh seorangan Tauke Balak.

Bukan untuk menyerang peribadi tetapi kepastian terhadap laporan-laporan blog berkenaan yang sebelum ini didakwa Pas sebagai melakukan fitnah.

Kebenaran tetap kebenaran. Mungkin apa yang didedahkan beberapa laman blog tersebut bagi mempertahankan penulisan mereka bahawa mereka bukan membuat fitnah semata-mata.

PRK Galas : GAMIS jadi barua PAS di Galas





Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) merupakan budak suruhan khawarij PAS yang dikerahkan menjadi jentera kempen pilihanraya kecil Galas . Budak-budak ini yang selalu berbangga dengan title pelajar U mereka telah diperbodoh dan diperkudakan PAS yang tiba di sini dengan tugaskan mengedarkan risalah dan menyusup bersama jentera kempen PAS dan muslimat untuk menyebarkan dakyah kepada pengundi disekitar Gua Musang.


PB pun dahulu pernah menjadi mahasiswa tetapi tidak pernah pun ingin jadi pencacai tukar edar risalah ini seperti budak2 dari GAMIS ini .

Tetapi menurut sumber rakan2 blogger di berada di Galas , pelajar-pelajar ini sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Presiden GAMIS Ahmas Syazwan Muhammad Hassan kononnya turun bukan mewakili atau pun berkempen untuk mana mana parti politik. klik di sini

Lihat lah ciri-ciri bakal pemimpin muda PAS ini , mengaji pun belum habis sudah pandai dok bohong dan belit orang . Menggunakan kebijaksanaan bercakap hasil tunjuk ajar khader-khader PAS , mereka ini berjaya mempengaruhi pelajar-pelajar lain bagi mengikuti mereka bersama berkempen di Galas.

Kemudian mereka ini cakap berbelit apabila guna alasan ke Galas untuk menerangkan kepada rakyat mengenai bajet 2011 . PB hendak tanya ada ke kementerian Penerangan melantik GAMIS ini sebagai wakil kerajaan untuk menerangkan tentang bajet 2011 ini kepada rakyat ??


Menurut sumber . budak budak GAMIS selalu di lihat menaiki kenderaan yang dipandu oleh juak2 PAS yang keluar berkempen . Dikhabarkan setiap pagi berhampiran markas PAS Ampang berhampiran Pekan Lama mereka akan berkumpul dan menaiki kereta yang dipandu oleh ahli PAS Ampang ke merata ceruk GALAS.

Ini lah pelajar-pelajar yang yang tidak kenang budi , diambil olah kerajaan untuk mengaji di IPTA kerajaan , diberi biasiswa , ditanggung kos pengajian mereka dan selepas itu boleh membantu keluarga mereka bila bekerja nanti . Tetapi selepas itu diperbodohkan oleh PAS - PKR dan seterus menjadi pencacai tukang edar risalah seperti di Galas ini .

Kesian kepada ibubapa yang mengharapkan segulung ijazah daripada mengaji di U dan selepas itu boleh membantu keluarga, tetapi akhirnya dirosakkan otak mereka oleh PAS !!




* Nama sahaja mahasiswa yang cerdik pandai , tetapi senang dan mudah dikencingkan oleh PAS

Edisi Hangittt!!!! Nik Aziz kena maki dengan bekas pemimpin PAS di Galas..



Ada jugak rupanya hamba Allah di bumi Kelantan ni yang tak suka "perkahwinan" diantara DAP dan PAS. Tambah-tambah pulak ianya adalah bekas pemimpin PAS Kelantan.

Tahniah kepada Ustaz Nor Idris yang begitu berani menyatakan pendiriannya dihadapan Nik Aziz.

Ternyata Nik Aziz hanya maksum dikalangan ahli PAS sahaja, tetapi tidak kepada mereka-mereka yang telah "bertaubat" dari menjadi pengikut PAS.



Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.


Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. - Hrk.

Jumaat, 29 Oktober 2010

HEBAT!!!!! 60'000 hadir ke ceramah tok guru di Galas...



Ramai sungguh yang hadir ke ceramah Nik Aziz yang diadakan di Sg Terah, Gua Musang semalam. Walaupun didalam keadaan hujan renyai-renyai, tak berganjak mereka yang hadir hanya semata-mata untuk mendengar amanat Tok Guru.

Hampir 60'000 berasak-asak ke ceramah tersebut hingga mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang 10 kilometer dari tepat ceramah.



Ceramah yang sepatutnya dihadiri juga oleh Anwar dan Lim Guan Eng ini agak kurang meriah kerana kedua-dua tokoh pembangang....opsss..tokoh pembangkang tersebut tidak hadir dengan alasan kesesakan teruk didalam perjalanan.

Namun, barisan penceramah simpanan dari PAS berjaya mengawal keadaan dengan cara yang amat profesional sekali. Tahniah diucapkan kepada mereka.



Ceramah yang sesekali diselang selikan dengan lawak tahap internasional dari penceramah PAS, telah berjaya menghiburkan para hadirin. Ini menyebabkan para hadirin yang berjumlah 60 orang...opsss lagii....berjumlah 60'000 orang disitu tersenyum riang.


Nik Aziz pasti berbangga dengan sambutan hangat sebegini!

HEBAT!!!!! 60'000 hadir ke ceramah tok guru di Galas...



Ramai sungguh yang hadir ke ceramah Nik Aziz yang diadakan di Sg Terah, Gua Musang semalam. Walaupun didalam keadaan hujan renyai-renyai, tak berganjak mereka yang hadir hanya semata-mata untuk mendengar amanat Tok Guru.

Hampir 60'000 berasak-asak ke ceramah tersebut hingga mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang 10 kilometer dari tepat ceramah.



Ceramah yang sepatutnya dihadiri juga oleh Anwar dan Lim Guan Eng ini agak kurang meriah kerana kedua-dua tokoh pembangang....opsss..tokoh pembangkang tersebut tidak hadir dengan alasan kesesakan teruk didalam perjalanan.

Namun, barisan penceramah simpanan dari PAS berjaya mengawal keadaan dengan cara yang amat profesional sekali. Tahniah diucapkan kepada mereka.



Ceramah yang sesekali diselang selikan dengan lawak tahap internasional dari penceramah PAS, telah berjaya menghiburkan para hadirin. Ini menyebabkan para hadirin yang berjumlah 60 orang...opsss lagii....berjumlah 60'000 orang disitu tersenyum riang.


Nik Aziz pasti berbangga dengan sambutan hangat sebegini!

Selasa, 26 Oktober 2010

Adakah benar Pakatan Rakyat bantu Melayu PP ?



GEORGETOWN - Usah pertikai kemampuan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) membantu menyelesaikan masalah orang Melayu walaupun baru dua tahun lebih mentadbir Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I , Datuk Mansor Othman berkata, banyak perkara yang sudah dilakukan Kerajaan Negeri berbanding tempoh Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 51 tahun sebelum ini.

“Banyak yang kami lalukan dan tidak perlu dihuraikan satu persatu. Memang saya belum berpuas hati tetapi sekurang-kurangnya kami sudah melakukan yang terbaik setakat ini.

“Lihatlah dalam kad laporan yang diedarkan oleh Kerajaan Negeri untuk melihat tahap pencapaian kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian


Komen PB

Apa yang banyak dilakukan Mansor oleh kerajaan negeri Pakatan kepada orang Melayu ? Setakat bagi RM 100 kepada warga emas itu sudah megah ?? Setakat kad laporan itu semua retorik sahaja dan tidak sampai ke akar umbi iaitu rakyat . Setakat melaungkan kerajaan pertama hapus miskin tegar tetapi mengapa masih ada lagi yang hidup susah ??

Sebenarnya tidak ada apa2 perubahan dilakukan untuk membantu orang Melayu di PP. Dari segi ekonomi , tiada langsung program membantu peniaga / usahawan Bumiputra oleh kerajaan negeri . Selalu yang kita nampak ialah gerai-gerai peniaga Melayu dirobohkan walaupun hang jual nasi lemak sebelah pagi pun seperti di Lebuh Sg Pinang 1 baru-baru ini . klik di sini

gerai pagi jual lauk pauk oleh orang Melayu dirampas
ala gengster oleh MPPP

Jadi kepada Mansor ini, jangan dok bangga sangat la dengan kad laporan sampah ini untuk membohongi rakyat terutama orang Melayu . Masalah orang Melayu di PP banyak kerana semuanya berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sendiri .

Isu pengambilan tanah Kampung Genting di Balik Pulau tidak sepatutnya timbul kerana di situ adalah petempatan rakyat yang majoritinya Melayu . Di mana orang Melayu di kampung itu hendak tinggal jika mereka dihalau untuk memberi laluan pembinaan IPTS di situ .

Jadi , kalau Mansor betul-betul mahu selesai masalah orang Melayu , jangan sombong dan berlagak kepada bangsa sendiri dan turun padang bincang dengan mereka untuk selesaikan masalah ini . Kalau Mansor benar2 mahu tolong bangsa sendiri, batalkan saja pengambilan tanah di kampung terbabit !!

kad laporan retorik !!
Posted by Pejuang Bangsa at 10:20 AM 0 comments Links to this post
Labels: penang bangkit

Galas: Apabila Munafik Membuat Janji,Modal Keropok Dari Syurga

Setelah kematian bekas Adun Galas,Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjanji untuk mengambil orang asli menjadi calon PAS di Galas.

Ketika itu kempen secara sederhana dari rumah ke rumah orang asli begitu giat dijalankan kononnya kesediaan PAS untuk mengambil orang asli menjadi calon mereka.

Namun seperti biasa ,bagaikan semudah makan kacang,pembohongan dan manipulasi menjadi kebiasaan buat khawarij yang punyai ciri ciri munafik untuk mungkir dan membelakangkan semangat orang asli di sekitar Gua Musang apabila mencalonkan Dr Zulkifli sebagai calon mereka.


Pisau berkesempatan ke Lojing bertemu dengan seorang tua dalam lingkungan 60an ,sambil berbual katanya 'kita ini siapa untuk PAS ambil jadi wakil politik,orang tok guru beri keropok ikan dan biskut untuk kami sokong,janji macam macam tapi orang lain yang jadi calon' getus Andak Aji sambil mencemik muka.


Inilah khawarij PAS,Galas menyaksikan perang keropok bermodalkan gambar menteri besar dan presiden parti untuk dijadikan modal menagih undi.

Melalui tinjauan terbaru berdasarkan maklumat sokongan pengundi orang asli terhadap PAS merudum secara mendadak apabila beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan ditambah dengan janji untuk menjadikan orang asli menjadi calon tidak tertunai.

Sentimen yang masih marahkan PAS masih kuat di Hau,Lojing,Balar,Bihau dan Sungai Ber dan Belatim sudah ada ura ura mereka tidak akan memberi undi kepada PAS kerana sejarah turut membuktikan bahawa khawarij PAS pernah merobohkan gereja orang asli dan merampas tanah oleh kerajaan negeri.

Menurut sumber Pisau sokongan orang asli terhadap BN meningkat lebih 15% berdasarkan undi 2008. Berdasarkan fakta tersebut ini menjadi indikator bahawa sebenarnya orang asli benar benar memberi sokongan kepada BN dan Ku Li.

Pisau kata " agak agak la kalau nak bagi keropok pun,semua dah expired,kesian Andak Aji"

PRK Galas : Kezaliman PAS tindas peneroka asal tanah , diganti dengan orang PAS



Di kawasan persempadanan antara Gua Musang dan Kuala Krai ada dua kawasan bernama Sungai Lakit dan Sungai Bayu. Tempatnya tidak jauh dari pintu gerbang yang mengalu-ngalukan pelawat masuk ke Jajahan Gua Musang.

Di dua kawasan ini, seperti juga lain-lain kawasan di Gua Musang, ianya diteroka dan dibuka oleh orang-orang luar. Mereka membuka hutan, membina penempatan, menyediakan prasana asas, dan menjalankan kegiatan cucuk tanam atau buka ladang.

Semua ini dilakukan tanpa geran. Kuasa mengeluarkan geran dan mengesahkan hakmilik tanah terletak apda kerajaan PAS negeri. Maka berlaku penganiayaan dan ketidakadilan atas nama kepartiaan taksub ala PAS.


Selalunya yang berlaku, peneroka tanah di Gua Musang meneroka hutan, lalu membina penempatan dan bercucuk tanam secara haram.

Sebaik saja mereka sudah bertapak, mereka akan memohon untuk penempatan sementara. Jika diluluskan kerajaan negeri, peneroaka akan dapat geran TOL (Temporary Occupancy Land) atau Tanah Penempatan Sementara.

Selepas itu, baru mereka mula memohon untuk dapatkan geran dengan Kerajaan Negeri.
Apa yang telah berlaku, terutama di kawasan-kawasan Sungai Lakit dan Sungai Bayu adalah kerajaan negeri telah menolak permohonan peneroka-peneroka yang bukan ahli PAS atau hanya rakyat biasa tanpa parti.

Sebaik saja permohonan tanah itu ditolak, akan ada aktivis-aktivis PAS yang masuk memohon dan diluluskan. Dengan demikian mereka yang telah membanting tulang dan mengeluar modal meneroka dan membuka tanah, tidak didapat apa=apa tetapi aktivis PAS pula yang dapat tanah yang tersedia untuk diduduk.

Banyaklah di kawasan sempadan Gua Musang dan Kuala Krai ini tanah-tanah yang dipunyai oleh mereka-mereka yang duduk di Bachok, Pasir Mas, dan Tumpat. Mereka ini adalah orang-orang PAS yang mendapat imbuhan dari kerajaan PAS negeri dengan merampas usaha dan penat lelah rakyat biasa.

Usahlah terpedaya denagn kopiah, jubah dan imej keislaman yang PAS cuba bawa. Ramai dikalangan aktivis PAS di Kelantan adalah munafiq yang bukan saja "cakap tak serupa bikin" tapi adalah mereka-mereak yang zalim pada diri mereka dan lintah yang menghisap darah rakyat.

sumber : Galas untuk BN
Posted by Pejuang Bangsa at 8:00 AM
Labels: PRK Galas

PAS kata ada pengundi hantu orang asli di Galas...



Ada pemimpin PAS yang menimbulkan persepsi awal bahawa akan ada pengundi hantu di penempatan orang asli sekitar DUN N45 Galas. Ini merupakan isu wajib yang sering ditimbulkan oleh puak-puak parti isle ini dimana-mana PRK yang berlangsung.

Dari satu sudut, kita dapat melihat bahawa PAS memang serasi dengan propaganda pengundi hantu. Ini memungkinkan bahawa puak-puak merekalah yang akan menjadi pengundi hantu tersebut.

Jika dilihat dari sudut lain pula, ia menunjukkan bahawa PAS amat risau dengan kesetiaan pengundi orang asli yang selama ini diketahui sentiasa menyokong penuh kepimpinan Ku Li di DUN Galas ini.

Kerana itulah mereka menimbulkan persepsi pengundi hantu dikawasan penempatan orang asli kerana sudah tentunya mereka tahu akan tewas di peti undi tersebut.

Namun, jika difikirkan menggunakan logik akal, pemimpin-pemimpin PAS yang bimbang tentang pengundi hantu ini sebenarnya seumpama takut kepada bayang-bayang sendiri.

PAS amat takut dengan masyarakat orang asli kerana mereka tahu tentang isu penyelewengan ladang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan PAS negeri Kelantan.

Inilah faktor utama yang membuatkan semua pemimpin PAS panas punggung dan mereka dengan segera seolah-olah mahu menutup dosa-dosa mereka itu apabila awal-awal lagi menimbulkan soal pengundi hantu!

Alahaii Pakatan Rakyat, bendera rasmi pun tak ada.., ada hati nak tawan Putrajaya...


Habis meroyan didalam blog-blog pro Pakatan apabila SPR mengumumkan bahawa bendera parti lain selain dari bendera PAS tidak dibenarkan di pasang bagi pilihanraya kecil DUN N45 Galas.

Puak-puak Pakatan menuduh bahawa SPR tidak adil dan telus. Pihak SPR juga dituduh menjadi balaci UMNO kerana tidak membenarkan bendera parti gabungan Pakatan dikibarkan.

Nampak sangat bahawa puak-puak Pakatan ini berotak udang. Di Galas, hanya PAS yang bertanding. Bukannya DAP ataupun PKR. Jadi wajarlah hanya bendera PAS sahaja yang dinaikkan. Begitu juga dengan UMNO. Bendera UMNO pasti akan dinaikkan seiring dengan bendera Barisan Nasional.

Juak-juak PAS yang kurang cerdik ini semua telah mempertikaikan kenapa bendera BN dibenarkan untuk dipamerkan di PRK Galas. Mengapa bendera parti didalam Pakatan Rakyat tak pula boleh? Bagi mereka, inilah bukti bahawa SPR menjadi pencacai kepada pihak kerajaan.

Nampak tak betapa tak cerdiknya para pengikut PAS? Mereka nak pihak SPR membenarkan mereka menggunakan bendera Pakatan Rakyat, tetapi selama ini ada tak Pakatan Rakyat didaftarkan? Dan ada tak bendera rasmi Pakatan Rakyat?

Kalau Pakatan Rakyat itu sendiri belum didaftarkan dan juga dijadikan sebagai parti induk pembangkang, mana nak datangnya bendera rasmi Pakatan? Itu pun penyokong dan pengikut Pakatan tak boleh nak fikir ke?

Seharusnya mereka-mereka itu semua sedar bahawa Pakatan Rakyat itu sendiri adalah sebuah parti tidak sah kerana ia tak pernah didaftarkan!

Ini sekaligus memberi maksud bahawa pengikut serta penyokong PAS, DAP dan PKR sedang bergelumang didalam sebuah tempat perkubangan HARAM yang bernama PAKATAN RAKYAT! Itupun ada hati nak tawan Putrajaya!

Memalukan sungguh!!!
Posted by MPP 2 comments Links to this post
Labels: N45 Galas

Ahad, 24 Oktober 2010

Ustaz Khawarij PAS Pembohong Fitnah





Inilah dia manusia yang kerjanya hanya fitnah dan bohong setiap hari.Yang berketayap dan mengelar diri sendiri sebagai ustaz berasakan apa yang diperkatakan semuanya menghalalkan cara.

Ustaz Saiful Bahri seorang khawarij dari Terengganu seperti biasa memperbodohkan penyokong dan orang ramai apabila sanggup berbohong kononnya minyak naik pada hari raya lepas.

Inilah sikap sebenar khawarij bercakap tidak berlandaskan fakta,perbodohkan orang ramai menjadi keutamaan. fitnah khawarij selanjutnya klik sini




Harap ketayap saja putih,hatinya hitam palitan najis khawarij PAS. Secara keseluruhannya puak khawarij ini bohong dan fitnah adalah sebahagian sifat hakiki.

Tapi tak mengapalah kerja bohong dan fitnah ini pasti dihalalkan kononnya untuk perjuangan Islam mereka.


Pisau kata " bersedia untuk Galas & Batu Sapi"

Peringatan kepada pengundi Galas dan Batu Sapi

Labels: N45 DUN Galas, Sodomi
Komentar dari pembaca M.I.M :-

Peringatan kepada pengundi Galas dan Batu Sapi.

Jadilah pengundi dengan matang dan jangan jadi pengundi yang ditentang. Ini kerana jangan jadikan nasib seperti kami di Kedah, Penang. Di Kedah apa yang dibuai dan dilaungkan oleh PAS,PKR dan DAP adalah sendiwara.

Bermula dari isu sampah hingga kini tidak dapat diselesaikan. Kedah Kaya dengan sampah ikut telunjuk Kelantan. Apakah ajaran agama PAS suka pada kekotoran? sedangkan kebersihan itu salah satu tuntutan islam.

Kita lihat sikap pemimpin PAS suka kepada pembohongan. Janji bukan-bukan semasa kempen pilihanraya, satu habuk pun tak tertunai. Kita lihat pembangunan di Negeri Kedah terus malap dan yang adapun ehsan Kerajaan Pusat dan meneruskan agenda projek semasa perintah BN.

Pembangunan yang PAS laksanakan hanyalah papan iklan sahaja. Apakah itu sahaja kebolehan pemimpin PAS?

Kita lihat pembangunan Bandar Raya Alor Setar, amatlah dhoif, dengan sistem jalan raya yang tak teratur dan memusingkan kepala para pelawat dengan arah jalan yang ada. Bahkan sesetengan jalan di Bandar Raya ditumbuhi dengan rumput-rampai.

Lebih malang sekali perancangan mencatikan Bandaraya Alor Setar ditanam dengan pokok asam jawa. Bertapa dhoifnya ahli majlis mesyuarat kerana kewajaran penanaman pokok tersebut kerana ianya pokok yang membesar dan akarnya yang menjalar jauh boleh merosakkan infratruktur seperti jalan, longkang koridor bangunan.

Penanaman pokok asam banyak mendatangkan masalah apabila musim luruh kerana mengugurkan daun yang banyak dan menyusahkan untuk membersihkannya malah daun sangat memudaratkan kenderaan dan cepat bertindak ketas kenderaan seperti karat dan suasah untuk dibersihkan.

Pembesaran dahan-dahan pokoknya serta kanopinya memanjang jauh dan boleh menghalangkan lalun jalanraya memandangkan kawasan yang ditanam padat dan sibuk dengan kenderaan.

Sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan amanah pada diri sendiri, rakyat serta Tuhan kerana setiap dijanji dikianati contohnya kenaikan tarif air, jalanraya berlubang serta beralun-alun, merosakkan khazanah alam serta menggangu eko sistem alam semulajadi dengan melakukan penebangan hutan tanda kawalan menyebabkan kepupusan haiwan lain dan musibahnya banjir lumpur yang hampir meragut nyawa penduduk.

Paling kecewa, atas sikap pemimpin yang tidak jujur ini menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan sebagai contohnya peniaga India di Pekan Jitra 2, berhampiran masjid yang menjual cenderamata dan bungaan membina premis perniagaan hingga keatas jalan serta menghalang laluan kenderaan. Dimanakan tugas penguatkusaan ? Atau sebalik ada habuan?

Akhir kata buat pengundi cari terbaik dari apa yang mereka itu terbaik dan jika silap pilih buruk padahnya....

Isnin, 18 Oktober 2010

Lim Guan Eng - Kutuk Tapi Mengidam !


Oleh PASEMBOQ


Alahai si Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Parti dia dengan parti pembangkang punyalah kutuk Bajet 2011. Depa kutuk pasal Menara Warisan 100 kononnya membazir wang rakyat tapi hakikatnya depa putar belit fakta.

Punyala Parti DAP kutuk dalam media dan twitter. Ni belum lagi twitter si Mahfuz Mr Bean Omar. Punyalah bangang statement dia dalam twitter yang buat lawak bodoh Menara Warisan nak dibuat sebagai muzium Seluar Dalam.

Tak ke bangang si Mahfuz ni. Nak harap wakil rakyat tapi otak macam budak sekolah, lagi rendah IQ dari budak sekolah.

Ni aku nak share dengan korang twitter Lim Guan Eng pembohong. Kutuk pasal Menara Warisan tetapi sebenarnya dia ada menaruh hati Menara ni dibina juga! Tak ke banyak pusing putar belit si Guan Eng pembohong ni!

Ni twitter Guan Eng pembohong :-


Teruk betoi perangai si Guan Eng ni!!

Teori balas mengenai dakyah pembangkang mengenai keburukan RON 95.


Isnin, 2010 Oktober 18

Bila ada saja kereta terbakar di dalam negara, puak-puak pembangkang tuduh RON95 lah puncanya. Macam lah tiada idea lain yang nak di spin oleh puak-puak ni...

Samalah macam kerajaan dituduh jahat apabila peratusan penagih dadah dan juga mat rempit meningkat di negara ini. Macamlah kerajaan ni tak ada kerja lain selain dari melingkupkan rakyat!

Teori terbaru dan sering diperkatakan sekarang ialah mengenai petrol RON 95.

Soalan saya kepada anda :

1- mana anda tahu dan yakin, kereta yang terbakar itu menggunakan RON 95?

2- dalam banyak-banyak kenderaan yang terbakar, anda pasti ke ianya terbakar berpunca dari petrol?

3 – tahukah anda, kebanyakan kes kebakaran kereta, sebenarnya berlaku akibat litar pintas - semuanya hasil kreativiti rakyat Malaysia yang amat gemar menyambung, menyilang dan ‘menambah baik’ sistem pendawaian terutama sistem audio di dalam kenderaan mereka.

4 – tahukah anda, ‘spark’ dari bateri yang ‘terusik’ ketika kemalangan juga boleh mengakibatkan kebakaran

5. dalam beberapa kes yang berlaku, geseran logam /badan kenderaan di atas jalan mungkin akibat gandar tayar yang patah, mampu menerbitkan ‘spark’ yang boleh mengakibat kebakaran.

6 – beritau saya, petrol mana yang tidak akan terbakar jika terkena api/percikan api.

7 – tahukah anda, RON 95 digunakan di semua tempat seluruh dunia, tetapi di Malaysia , ia terlalu digembar gemburkan mengenainya.

8 – jika anda terlalu sibuk untuk mengeluarkan berbagai teori, malah ada yang mahu diadakan kajian, biarlah saya jelaskan – kajian yang akan diadakan itu sebenarnya anda boleh buat sendiri. Bagaimana caranya, saya tak perlu jelaskan. Jika anda tau bagaimana bermain api, maka ikutlah cara itu.

9 – sebelum saya simpulkan, apakah sebenarnya yang menyebabkan orangramai beria-ia mendakwa RON 95 senang /mudah menyebabkan kebakaran, biar saya berikan 1 senario ini:

Masih ingat tentang berbagai SMS berantai yang selalu anda terima dan mungkin ada lagi yang menerimanya?

Masih ingat, betapa murahnya hati anda, sebenarnya mengayakan syarikat TELCO semata-mata anda forwardkan berbagai SMS seperti ini:

“Hantar SMS ini kepada 10 rakan anda, pasti anda akan berbahagia…”

atau

“Syeikh Temberang pernah berkata, barangsiapa tidak mengingatkan rakannya, betapa bertegur sapa itu, memutuskan silaturrahim, maka dia akan ditimpa musibah. Sila sebarkan kepada 100 rakan anda sebagai tanda anda bertegur sapa…”

atau entah-apa lagi yang mengarut.

Anda tahu kenapa SMS itu wujud?

Semata-mata untuk ‘menyedut’ kredit anda untuk di’tabungkan’ kepada TELCO anda.
Jadi, teori saya pula mengenai RON 95 yang kononnya mudah menyebabkan kebakaran ialah:

Ia mungkin dicipta (mungkin, bukan tuduhan, tetapi teori) ianya dicipta oleh pakar-pakar perang saraf/konsultan syarikat minyak sendiri, supaya anda membeli RON 97, supaya mereka akan mendapat ‘cash-flow’ yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih banyak.

It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92. In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.



- Fakta teori ehsan dari Bro Onscene


p/s: Senang macam ni lah..., kalau pengikut-pengikut pembangkang takut sangat nak pakai RON 95, guna sajalah RON97. Takpun naik saja basikal untuk ke mana-mana.. habis cerita dan tak payah melalak ke hulu ke hilir...

Sabtu, 9 Oktober 2010

N45 DUN Galas - Penangan Tengku Razaleigh !!

Labels: N45 DUN Galas
Oleh MIM TEAM




Perkhabaran yang kita dengar hari ini ialah jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu yang melibatkan Tengku Razaleigh di Kelantan iaitu mengenai royalti minyak.

Pasti ramai penceramah PAS yang sudah bersedia untuk menggunakan isu royalti minyak di Galas kelak. Dan kita pun tahu.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa isu royalti minyak tidak boleh dibangkitkan langsung memandangkan isu tersebut telah di bawa ke mahkamah oleh parti PAS sendiri. Kenyataan ini telah diterangkan sendiri oleh Tengku Razaleigh.

Rujuk video di bawah :-




Kenyataan Tengku Razaleigh itu merujuk kepada Contempt of court iaitu menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.

Maksudnya, jika sesuatu yang telah berjalan di mahkamah dan ada pihak yang membuat komen atau ulasan mengenai merit kes itu - misalnya dalam satu ceramah kepada orang ramai, ianya dikira menghina mahkamah.

Jika merujuk kepada pemahaman kita mengenai court of cotempt, tidak ada sebarang penceramah PAS atau Pakatan Rakyat yang boleh berceramah mengenai isu royalti minyak. Ia merupakan satu kesalahan.

Tetapi memandangkan modus operandi Pakatan Rakyat yang tidak hormat undang-undang dan berkelakuan samseng, mereka mungkin akan tetap membangkitkan isu royalti minyak dan melanggar undang-undang negara.

Apa pun, apabila Tengku Razaleigh bersetuju menjadi Pengerusi Pilihanraya dan berkemungkinan menjadi calon BN di Galas, rasanya kempunanlah penceramah PAS/Pakatan Rakyat kerana parti PAS/Pakatan Rakyat berkemungkinan besar menarik diri dari pilihanraya kecil itu.

Baguslah. Parti PAS buatlah satu kenyataan cover line seperti 'parti PAS mementingkan persaudaraan kaum Melayu, maka parti PAS menarik diri' atau apa sahaja. Rakyat akan faham maksudnya.
Related Posts : N45 DUN Galas

* N45 DUN Galas - Penangan Tengku Razaleigh !!
* Saksikan Video : Tengku Razaleigh Setuju Sebagai Pengerusi Jentera N45 DUN Galas

DULU TAHAN ORANG MELAYU, KINI MILIK CINA



Ketua Menteri Celaka ni memang racist, secara mata kasar kita lihat Guan Eng ni macam bagus...nak bangunkan kawasan Balik Pulau menjadi hub pendidikan konon, boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan membawa masuk pelabur-pelabur dari luar melabur di Pulau Pinang yang boleh menguntungkan kerajaan negeri tetapi sebenarnya Guan Eng ni mempunyai agenda tersembunyinya yang memang jahat.

Ketua Menteri Pembohong ni secara senyap nak menghalau orang Melayu di Balik Pulau. Dengan pembinaan Univesiti NanYang di Balik Pulau secara tidak langsung pertambahan penduduk di Balik Pulau akan meningkat. Ini disebabkan jumlah pelajar yang akan melanjutkan pengajian di situ dianggarkan seramai 4000 hingga ke 5000 orang.



Yang menariknya bagi kerajaan negeri Guan Eng, pertambahan populasi ini melibatkan satu kaum sahaja iaitu kaum cina. Nampaknya cita-cita ketua menteri paling celaka ini untuk menakluki kawasan Balik Pulau yang satu-satunya dikuasai oleh orang Melayu hampir tercapai dengan pembinaan universiti ini.


Banyak kemungkinan yang boleh berlaku apabila universiti ini dibina. Lebih banyak keburukan daripada kelebihan yang banyaknya membawa keuntungan pada orang cina. Harga tanah melambung, pembinaan lebih banyak rumah yang tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu, dibanjiri oleh warga Singapura dan banyak lagi lah..

Sekarang ni tanah yang diwartakan untuk pembinaan universiti itu sedang menjalani proses penilaian semula kerana harga yang ditawarkan oleh Guan Eng dibawah harga pasaran sebenar. Dengar-dengar cerita Guan Eng juga akan membuka sebuah pusat latihan berkonsepkan MARA. Untuk kaum mana tak pasti lagi.

Nampaknya Guan Eng sedang berusaha bersungguh-sungguh mengaburi mata orang Melayu untuk mempercayainya dengan kerja-kerja kebajikan dan dengan mengamalkan pentadbiran secara CAT tetapi pada hakikatnya agenda utamanya untuk menghalau orang Melayu.

Tak lama lagi nama Pulau Pinang pun nak ditukarkanya ke nama Penangpura@Penangpore.

Penulis blog cicaksakit ada membuat ulasan yang menarik mengenai isu ini.

PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

Tengok keratan berita kat atas pun dah cukup dah. Guan Eng nak angkut geng-geng dia dari Singalapar pulak. Lama-kelamaan, Melayu dah takdak kat Balik Pulau. Macam-macam betul apek tua sorang ni, Kuat membohong. Tukar hak milik tanah la, roboh kampung orang India la. Kali ni guna alasan hub pendidikan pula sebagai laluan untuk take over tanah orang Melayu kat Balik Pulau. Cilakak ini apek!

P/S: Kepada pengusaha nursery tanaman khususnya Melayu, baik korang berjaga-jaga. Guan Eng gila tanah sekarang ni. Silap haribulan tanah kampit sekali dengan baja kompos tu pun dia nak. Semua dia nak bagi kat bangsa dia...Kih3...Gi-la ta-nah (sebut dengan nada seperti menyebut gila kentang)